Kalau Ketua Pembangkang dan Ketua Kerajaan duduk berbual, Admin selalu sangat terfikir, apa yang mereka bualkan sebenarnya? Mungkin camni kot..
DS Najib : "Hahaha. Kau ni Nuar, tak habis-habis demo. Seronok sangat ke?"
DS Anwar : "Jib, kau main tipu kan election hari tu? Tengok, aku dah kalah! Aku dah tak dapat nak jadi PM macam ko."
DS Najib : "Nuar, kenapa semua benda kau tak puas hati dengan aku ni? Semua nak tentang."
DS Anwar : "Apalah kau ni Jib. Kau ni perintah negara tak bagus sangat. Kalau dah boring kerja PM, kau bagi aku je."
DS Najib : "Ala...Rileklah Nuar. Aku nak perintah satu penggal lagi. Boleh?"
DS Anwar : "Hmm..Boleh je Jib. Tapi aku akan terus berdemo untok tentang kerajaan kau."
DS Najib : "Alamak...yeke..Hmm..Takpelah Nuar. Kalau demo tu jangan sampai rosakkan benda-benda."
DS Anwar : "Jib, kau dah baca Harakah dan Suara Keadilan? Habis semua cerita pasal kau."
DS Najib : "Ala...Kira seri la tu. Berita Harian dan Utusan pun selalu je kondem kau. RTM tu tak payah cerita la."
DS Anwar : "Hahahaha. Okay-okay. Fine. Jib, esok gi Midvalley nak? Tengok World War Z. Ajak la Rosmah sekali."
DS Najib : "Nanti aku tengok jadual aku dulu ya. Kalau jadi petang ni aku whatsapp kau."
DS Anwar : "Ok bro. Aku nak chow kejap. Orang ramai tunggu luar parlimen tengah demo nak tentang kau ni."
DS Najib : "Okay-okay. Suruh diorang bersurai cepat-cepat ya. Aku nak balik ofis ni. Kang tak pasal-pasal aku keluar parlimen, orang baling telur kat muka aku."
DS Anwar : "Okay Jib. Assalamualaikum."
DS Najib : "Waalaikumussalam."
2 Jam Selepas Itu..
|
Gelak sakan nampak..Dah deal tgk wayang lah tu.. |
p/s : baca dialog ciptaan ni buat admin senyum sorang2,,