Basse Andersen merupakan seorang pekerja biasa yang secara tiba-tiba menjadi terkenal di negara asalnya, Norway, setelah rakan sekerjanya memuat naik video dia panik dari pelbagai aksi usikan yang mereka lakukan kepada lelaki tersebut. Dia bahkan diberi gelaran “orang yang paling mudah takut di dunia.”
Andersen seringkali mendapat usikan dari rakan kerjanya kerana mereka tahu dia adalah orang yang penakut. Bahkan hampir semua pekerja di perusahaan tersebut pernah mengusiknya, dan hal itu menjadi hiburan tersendiri bagi mereka.
Selain itu, mereka mengaku gembira mengusik Andersen, kerana dia bereaksi lucu ketika diusik. Mereka juga sering merakam reaksi lucunya ketika diusik dan dimuat turun ke youtube. Namun hebat, video itu menjadikan Basse orang yang terkenal. Bahkan salah satu rakaman itu telah memenangi penghargaan Best Video Startling.